About BMM Bahan Mengajar Matematik
Bahan Mengajar Matematik

Assalamualaikum.

BMM merupakan sebuah laman blog yang berkongsi pelbagai bahan yang dapat digunakan oleh semua guru, ibu bapa, pelajar atau mereka yang berkaitan dengan bidang matematik. Ini termasuklah dengan menyediakan  :

1. Soalan-soalan matematik.
2. Video menarik mengenai P&P dan ilmu matematik.
3. Persediaan mengajar untuk guru matematik.
4. Tips-tips belajar matematik untuk pelbagai tajuk.
5. Bahan latihan atau latih tubi untuk belajar matematik.
6. Permainan matematik yang menarik dan menyeronokkan.
7. Bahan-bahan kursus matematik atau pedagogi yang terbaru.
8. Isu-isu dan berita pendidikan mengenai matematik.
9. Medium berkongsi idea mengenai dunia pendidikan matematik.
10. Dll pelbagai perkara berkaitan pendidikan matematik.

Perlu diingatkan bahawa BMM mendapat sumber secara meluas dari internet yang dikongsikan oleh guru-guru atau orang awam secara terbuka di dalam facebook, carian google (search engine) dan pelbagai lagi. Sama-sama kita doakan agar mereka yang menyediakan bahan ini diberikan pahala yang berlipat ganda dan berkekalan.

Semoga BMM akan mendapat sokongan yang baik dari anda semua. Selamat maju jaya dan semoga BMM terus maju dan dikenali ramai!

Amin.
 
Top